Masa lima 2019 langkawi , penginapan dan pengangkutan adalah perkara yang paling payah nak dapat masa event tersebut berlaku, tapi itulah bila 3 kepala yamg degil ni nak datang juga langkawi tanpa memikirkan tmpt tinggal ( actually dah cri tpi mahal ya rabbi ) jadi kami pun teruskan la perjalanan ke Lima Langkawi 2019.
Nak dijadikan cerita kami dah tempah 2 bilik di area pekan kuah, tapi bayaran dalam Rm80+ /bilik keatas, dan ia agak mahal disebabkan hanya ingin bermalam, dan bermalam adalah rancangan last minute disebabkan tiket feri yang dah habis untuk waktu petang.Selesai shaja persembahan di Resort World Langkawi yang juga penutup Lima langkawi 2019 kami memulakn langkah mengeledah laman laman web online tpi keciwa, lalu kami bergerak ke Jeti Pelabuhan untuk makan dahulu.
Sesampai disana , alhamduillilah kami mendapat 2 bilik dengan harga 80 rnggit dan biliknya sangat selesa walaupun nampak mcm buruk diluar. Mari kita lihat kawasan kawasan dan gambar tempat. Nama penginapan kami ialah BONOBO BED AND BREAKFAST. Menarrik sangat tmrpatnya dan ia berpusat di Pantai Tengah. Jum lihat gambar di bawah
Friday, April 5, 2019
CIkmak SISNAAMOM
Sisnaamom dikenali dalam dunia luar disebabkan pemilik mengelarkan diri sebagai gelaran kaknaa dalam jualan nasi lemak. Manakala di dalam politeknik seberang perai, masing-masing mengenali dgn nama nasi lemak yes. Tidak wujud kedai ini tanpa pencabar yang mecabar dan dengan modal gaji pertama dari pekerja hakiki . Dibawah saya sertakan serba sedikit mengenai kedai.
Pembukaan kai pertama di bazar ramadhan alma.
Letak Background Dalam Entri / Post
Biasanya background post entri anda adalah plain putih. Sekali-sekala tak salah jika nak menampakkan kelainan, dengan cara meletakkan gambar sebagai background pada entri anda, seperti post ini.
Caranya:
1) Sign in akaun blogger anda
2) Dashboard > New Post > Klik tab Edit HTML (sebelah compose)
3) Copy paste kod di bawah:
Nota:
Pada URL gambar background di sini, gantikan dengan url gambar background pilihan anda. Kalau tak tahu cara nak dapatkan url gambar, refer tutorial ini
4) Mulakan menaip entri pada ruang Content entry anda taip di sini
Contoh:
Tips: pemilihan gambar background yang sesuai adalah penting. Jangan sampai tenggelam dan susah untuk di baca entri korang tu nanti.
Sekian, selamat mencuba! :)
Caranya:
1) Sign in akaun blogger anda
2) Dashboard > New Post > Klik tab Edit HTML (sebelah compose)
3) Copy paste kod di bawah:
<div style="background:url(URL gambar background di sini) no-repeat;">
Content entry anda taip di sini</div>
Nota:
Pada URL gambar background di sini, gantikan dengan url gambar background pilihan anda. Kalau tak tahu cara nak dapatkan url gambar, refer tutorial ini
4) Mulakan menaip entri pada ruang Content entry anda taip di sini
Contoh:
<div style="background:url(http://i417.photobucket.com/albums/pp255/Snakebitelayouts/Background.jpg) no-repeat;">
Hari ni rasa macam rajin je nak update belog. Maklum la mood tengah hepi..he3</div>
Tips: pemilihan gambar background yang sesuai adalah penting. Jangan sampai tenggelam dan susah untuk di baca entri korang tu nanti.
Sekian, selamat mencuba! :)
Unik & Menarik — Jom Tengok Keistimewaan Aiskrim Turki!
Siapa pernah tengok filem Istanbul Aku Datang?
Dalam filem tersebut, ada memperlihat bagaimana penjual aiskrim Istanbul ‘bermain-main’ dengan pelanggan mereka semasa membuat aiskrim. Sangat unik dan lain daripada yang lain cara mereka menarik pelanggan! Pelik mereka ni, tapi kerenah mereka itu telah mencuri perhatian ramai selain aiskrim Turki yang enak.
Aiskrim Turki atau dikenali sebagi Dondurma dibuat daripada susu kambing dan satu bahan yang dipanggil ‘salep’ iaitu tepung yang dikisar daripada ubi orkid liar. Istimewanya adalah, ia cuma ada di Turki, kerana orkid liar ini secara teknikalnya tidak boleh dieksport ke luar. Tidak sah rasanya jika anda tidak merasai aiskrim unik ini jika ada melancong ke Turki, terutamanya Istanbul.
Ini adalah aiskrim yang berjaya ditangkap selepas menyerah dengan si pemberi aiskrim , bukan hanya di turki ada aiskrim ni ye . Kami dapat aiskrim ini semasa di Dufan, Jakarta,Indonesia.
Editing picture.
Sepagi di langkawi.
Gambar Asal menggunakan Samsung Note 9.
Sepagi di langkawi.
Gambar yang telah diedit menggunakan Snapseed.
Wednesday, April 3, 2019
Hidden lake UUM Sintok
Sementara tunggu kami nak submit assigment, our lecturer En Tarmizi bawa la beberapa pelajar untuk kesana dulu . Selesai sahaja assigment yang dikumpul , kami terus ke HIDDEN LAKE UUM .
Jalan masuk untuk kesana agak senang bagi saya , perlu melalui kawasan kem, kawasan tanah merah dan kawasan bukit dan sampailah ke tasik yang sangat indah.
Sebuah tasik yang boleh berada di tengah hutan diatas bukit dan sejurus kami sampai kami disapa oleh angin yang agak kuat. Ini saya kongsikan serba sedikit gambar disana.
Hidden lake UUM Sintok
Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Utara semenanjung Malaysia. UUM dikenali dengan gelaran 'universiti pengurusan terkemuka' dan juga digelar sebagai 'universiti di rimba hijau'. Universiti yang dikelilingi dengan hutan semula jadi pasti menggamit perasaan setiap penghuni dan juga pengunjung di sekitarnya. Pemandangan yang cantik, udaranya yang nyaman dan persekitarannya yang bersih menambahkan lagi keindahan alam yang terdapat di sekitarnya. Banyak keindahan alam yang boleh diterokai dan antara salah satunya ialah 'Hidden Lake' atau dikenali sebagai Tasik Tersembunyi.
'Hidden Lake' merupakan sebuah tasik semulajadi yang wujud di dalam kawasan universiti. Tasik ini diberi nama 'Hidden lake' disebabkan oleh kedudukannya yang tersembunyi daripada orang awam. Tasik ini juga terletak di tengah-tengah hutan Sintok dan terlindung dengan bukit-bukau. Tasik semulajadi atau tasik buatan kebiasaannya dijumpai di kawasan tanah landai dan berhampiran dengan anak sungai. Namun, lain pula bagi 'Hidden Lake'. Tasik ini terletak di atas bukit dan jauh daripada anak sungai atau sumber air. Airnya yang jernih dan bersih ditambah pula dengan pemandangan kayu-kayan yang telah mati menambahkan lagi keunikan tasik ini.
Tasik ini suatu masa dahulu tidak berapa dikenali oleh masyarakat setempat bahkan warga UUM sendiri majoritinya tidak sedar akan kewujudannya. Namun, semenjak tahun 2016, tasik ini telah mula menjadi tumpuan orang ramai dan jumlah pengunjung yang berkunjung ke tasik tersebut semkain meningkat setiap tahun.
Beginilah keadaan sebenar 'Hidden Lake' yang terdapat di UUM. Gambar ini diambil sekitar bulan April 2019. Selain daripada tasik ini, terdapat juga beberapa keindahan alam yang boleh diterokai hanya di dalam UUM iaitu Pokok 3 Beradik dan juga Puncak Vista UUM.
Kehidupan sebagai Collector.
Dulu - dulu masa kecil - kecil mesti ada sahaja barang yang kita suka untuk main dan sebagai kanak- kanak perempuan tidak mungkin akan terkecuali dalam bermain dengan patung barbie atau seangkatan dengannya. Tetapi apa bila zaman kian berubah , mula mendekati suatu mainan yang tidak asing bagi budak - budak lelaki iaitu kereta mainan hotwheels.
Ini adalah sebahagian koleksi hotwheels pada mula ingin mengumpul . Masa ini baru tahu bahawa ada pelbagai jenis kategori hotwheels dalam pasaran. Nak tau lebih lanjut boleh rujuk sini Lubuk ilmu Hotwheels.
Sekarang dah hampir 2 tahun mengenali kereta 3 inci , dulu mungkin juah dalam memilih semua jenis tanpa mengetahui keunikan tiap satu, tetapi sekarang ada suatu pilihan utama . nanti saya akan masukkan dan punca saya mula mengumpul adalah hasil hasutan teman akrab hingga dedua terjebak dengan lebih mendalam di dunia hotwheels 😅😅
Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan.
Sebelum saya terangkan lebih lanjut saya nak tanya korang semua. Tahukah apa itu Logistik? Jawapan yang sering orang akan jawab ialah "ala, yang bawa lori tayar 21 tu", "hang kerja bawa lori la lepas ni noh". Cilaka apa belajar diploma kena bawak lori?
Soalan tu saya tanya sebab saya salah seorang pelajar Diploma Logistics and Supply Chain. Soalan yang paling popular dan paling malas di dengar apabila menjadi pelajar kos ini adalah "logistik tu pe bende?". Penumbuk mau? :)
Logistik secara ringkas adalah penyimpanan barang, persedian barangan, penghantaran barangan dan pergerakan barang. Nak lagi jelas aku sertakan gambar untuk pembaca semua.
Soalan tu saya tanya sebab saya salah seorang pelajar Diploma Logistics and Supply Chain. Soalan yang paling popular dan paling malas di dengar apabila menjadi pelajar kos ini adalah "logistik tu pe bende?". Penumbuk mau? :)
Logistik secara ringkas adalah penyimpanan barang, persedian barangan, penghantaran barangan dan pergerakan barang. Nak lagi jelas aku sertakan gambar untuk pembaca semua.
Inilah dinamakan logistik, nampak tak lori tu? Lori tu sebahagian daripada logistik dalam bahagian penghantaran barang. Pelajar Logistik bukan sahaja belajar mengenai penghantaran barang tapi bermula dari permulaaan proses.
Siapa yang betul-betul dalam bidang ni akan faham apa itu logistik, percaya tak kalau saya cakap bahawa sesuatu organisasi itu akan musnah tanpa Logistik? Perkara itu memang benar sebab sesebuah organisasi sangat memerlukan unit Logistik untuk menggerakkan proses perjalanan barang. Kalau tak ada unit Logistik unit mana lagi nak buat kerja tu? Fikirkan.
Selain itu, unit Logistik juga amat rapat dengan unit Kewangan di sesuatu organisasi. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab bila unit Logistik ingin membeli bekalan barang untuk organisasi kita perlu merujuk kepada unit Kewangan terlebih dahulu bagi mendapatkan kewangan untuk memesan bekalan baru.
Setakat ini saya hanya bercerita mengenai perkara ringkas seperti makna logistik, penghantaran barang jalan darat (jalan udara dan air belum lagi) serta hubungkait unit logistik dengan unit kewangan.
Selamat membaca..
Hi ! Saya Cik Penulis.
Saya Nur Asyikin binti Abdullah, panggil ekin @ kaknaa.
Berasal dari penang, tetapi lahir di Kedah , pada tahun 1995.
Tamat pengajian di Politeknik Seberang Perai dalam jurusan
Diploma Pengurusan logistik dan Rangkaian Bekalan.
Bekerja dalam masa sama tengah melanjutkan pengajian di
Universiti Utara Malaysia dalam Pentadbiran Awam secara pengajian
jarak jauh.No matrik saya 260788 Nak tahu lebih jum ke post seterusnya 🙋🙋
Subscribe to:
Posts (Atom)